seperti orang tak betul
aku berlari-lari ke arah gelap itu.
menantikan sesuatu datang menampar pipiku
lalu membawa ku pergi.
sedang aku berlari, aku semakin hampa
hampa tanpa keringat, siksa.
kaki terseret, tapak terluka
meninggalkan jejak yang hiba.
makin aku paksa, semakin aku tidak berdaya
paksaan ini tiada hujungnya.
semua kerana kau
kau yang sentiasa mendusta
akibatnya aku juga yang derita.
maka
ada baiknya ku simpan saja
biarkan debu memakan usia.
kerna semuanya akan ok sahaja
jika aku lontarkan peduli ke semak
jika aku katakan "I don't give a F*."
Ita (2012)
on Twitter.
No comments:
Post a Comment